Tuesday, July 9, 2013

LIMA PULUH VS SERINGGIT



Duit Seringgit bertemu dengan Lima Puluh Ringgit seraya menyapa...

"Oit, lama tak nampak, mana kau pergi?"

Lima Puluh menjawap, "Aku pergi merata tempat, Stadium Bukit Jalil, Bot ke Langkawi, Pasaraya Tesco, kapalterbang Air Asia, emm tempat-tempat macam tulah. Ko camner plak Singgit?"

Dengan perasaan malu seraya menunduk, Duit Seringgit menjawap perlahan...
"Hmmm....aku biasalah, tak ke mana sangat pun, balik-balik surau... masjid..., surau... masjid. Itu jelah.."

p/s: renungkan dan fikir-fikirkanlah...


Sunday, July 7, 2013

KISAH CAWAN

Sepasang datuk dan nenek pergi berbelanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertumpu kepada cawan yang cantik.

"Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya.

"Kau betul, inilah cawan tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk.

Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan itu berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dahulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening.

Berhenti!! Berhenti!! aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, Belum!. Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.

Berhenti! Berhenti! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api.

Panas! Panas! teriakku dengan kuat. Berhenti! Cukup! teriakku lagi. Tapi orang ini berkata, Belum!. Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku, tetapi ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan.

Berhenti! Berhenti! Aku berteriak. Wanita itu berkata, Belum!. Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya. Tolong! hentikan penyiksaan ini. Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.

Setelah puas menyiksaku kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku. Datuk dan nenek itu terdiam membisu, lalu menceritakan kisah ini kepada cucu mereka.

Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan membentuk diri kita. Dalam perjalanan kehidupan kita menempuhi keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan, tetapi setelah semua proses itu selesai anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat). Wallahhu a'lam.





Saturday, July 6, 2013

SYAITAN ENGGAN BERSAHABAT

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu Subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, “orang ini memang boleh menjadi sahabatku!.”

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti!" Ketika waktu Asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam.

Kemudian ketika datang waktunya Maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik. 



Ia tidak bisa menahan diri lagi. Dihampiri sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!" Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gementar. "Nenek moyangku yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja ku saksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata syaitan sambil beredar pergi.